suatu petang yang hening lagi damai diekori angin sepoi-sepoi bahasa sanskrit,
aku berjalan dengan tiada sebarang perasaan gembira ekoran terkilan ,
aku berjalan di tepian kaki lima di rumah-rumah siapa aku pun tidak tahu,
aku berjalan lalu sahaja.
TIBA-TIBA ....
langkahku terhenti seketika tatkala terlihat & terpandang makhluk yang sangat comel di dalam sebuah sangkar yang dianggap mungkin itu adalah tempat tinggal seharian mereka.
lihat ini....
hatiku bagaikan coklat masak yang keras apabila dicairkan menggunakan api . CAIR melihat kecomelan makhluk kesukaan aku ini.
hmmm hatiku terdetik memikirkan tentang makhluk ini.
apalah malang nasib si comel begini rupa,
mengapa kau begitu comel tetapi dikurung sebegini rupa?
apa tiada sedikit kebebasan untuk merasai nikmat keluasan bumi ?
apa mereka puas bermain,berkejar-kejaran dalam sebuah sangkar yang durjana ini ?
pasti tidak jawapannya ...
dari renungan mata mereka itu jelas sekali terpancar kesedihan mereka berdua.
aku faham apa yang mereka sedang alami dan fikirkan.
lihat saja gerak geri mereka selepas aku memberi respon yang positif terhadap mereka. ternyata mereka amat merindukan belaian dari manusia yang prihatin dan penyayang.
apa pemilik haiwan ini tidak pernah memberi belaian kasih sayang & pembebasan walaupun sedikit masa sahaja ?
apa mungkin tidak, manusia itu tidak patut memiliki haiwan seperti ini dari dulu.
apa mereka hanya memberi makanan kepada kucing ini dengan hanya sejenis makanan kucing sahaja ? *I mean "dedak kucing" such as Friskies and etc
jika begitu,memang malang bagiku.
hatiku terdetik seketika memikirkan sejenak nasib mereka berdua ini.
seperti mana aku bagi kucing2 aku makan,aku bagi makan nasi,ayam,ikan,keropok,kerepek,kuih,biskut dan pada masa terluang aku bagi juga makan dedak kucing (Friskies contohnya ) kepada kucing2 aku.
aku akan bagi mereka makan seperti mana manusia makan. fikirlah. mereka juga makhluk Tuhan yang ingin menikmati rezeki-Nya secara saksama. kita juga manusia yang hanya menumpang rasa nikmat rezeki yang diberi-Nya. sama juga seperti makhluk yang lain seperti mereka2 ini.
Hai Kucing. bebaslah kamu. pinta lah kebebasan. rasa lah seperti kami rasa. dunia perlukan keadilan bukan kurungan seperti ini.
P/S: boleh kurung sebenarnya tapi dengan syarat kucing yang dikurung itu telah mengganggu ketenteraman awam,suka bergaduh,degil dan sebagai tanda untuk menghukum bagi kesalahan mereka.
sekian sedikit bebelan daripada aku



No comments:
Post a Comment